Game UPKK by Sazah Mary

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتًه

Alhamdulillah tahun 2026 merupakan tahun ketiga bagi Game UPKK by Sazah Mary bertapak dalam industri pendidikan digital. Penjualan Game ini bermula  pada November  2024 sekadar percubaan dan ikhtiar dalam membangkitkan semangat anak-anak Gen Alpha untuk mengulangi semua mata pelajaran  UPKK yang mereka bakal duduki, selari dengan  minat mereka  terhadap  pembelajaran dan permainan skrin.  

Alhamdulillah Penjualan Game UPKK by Sazah Mary 2024 mendapat sambutan hangat dari ibubapa serta tidak kurang juga dari pihak  guru-guru dan telah terjual hampir 200 pembelian  pada minggu pertama  penjualan. Pada tahun 2025 penjualan semakin meningkat kerana telah ramai ibubapa yang sedar akan kewujudan game ini. Pada tahun 2026, Sazah Mary telah menambah fitur E-book Bank Soalan UPKK untuk memudahkan para ibubapa mendapatkan latihan menjawab secara bertulis juga kepada anak-anak. 

Terima kasih Sazah Mary ucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan positif kepada Sazah Mary dan team. 

Doakan lebih banyak game berasakan pelajaran KAFA dan AGAMA yang boleh Sazah Mary sumbangkan kepada ummah.  Amiin.

"Tiada daya dan upaya dari kami, Allah jualah yang menyempurnakan" 

Terima kasih. 

 

ikhlas dari, 

Sazah Mary.