Game UPKK by Sazah Mary
بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتًه
Alhamdulillah tahun 2026 merupakan tahun ketiga bagi Game UPKK by Sazah Mary bertapak dalam industri pendidikan digital. Penjualan Game ini bermula pada November 2024 sekadar percubaan dan ikhtiar dalam membangkitkan semangat anak-anak Gen Alpha untuk mengulangi semua mata pelajaran UPKK yang mereka bakal duduki, selari dengan minat mereka terhadap pembelajaran dan permainan skrin.
Alhamdulillah Penjualan Game UPKK by Sazah Mary 2024 mendapat sambutan hangat dari ibubapa serta tidak kurang juga dari pihak guru-guru dan telah terjual hampir 200 pembelian pada minggu pertama penjualan. Pada tahun 2025 penjualan semakin meningkat kerana telah ramai ibubapa yang sedar akan kewujudan game ini. Pada tahun 2026, Sazah Mary telah menambah fitur E-book Bank Soalan UPKK untuk memudahkan para ibubapa mendapatkan latihan menjawab secara bertulis juga kepada anak-anak.
Terima kasih Sazah Mary ucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan positif kepada Sazah Mary dan team.
Doakan lebih banyak game berasakan pelajaran KAFA dan AGAMA yang boleh Sazah Mary sumbangkan kepada ummah. Amiin.
"Tiada daya dan upaya dari kami, Allah jualah yang menyempurnakan"
Terima kasih.
ikhlas dari,
Sazah Mary.